Pengadil di gantung, Natxo Insa bakal terima hukuman berat

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan dan tindakan berhubung beberapa insid3n membabitkan pengadil dan pemain yang berlaku pada perlawanan Liga Super 2021 sepanjang Hari Perlawanan 5.

1. Perlawanan Liga Super 2021, Perak FC lwn Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh pada Ahad, 21 Mac 2021


(a) Secara keseluruhan prestasi pengadil adalah memuaskan sepanjang perlawanan tersebut berlandaskan laporan Penilai Pengadil yang bertugas pada perlawanan tersebut. Walaupun memuaskan, namun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dibuat dan pengadil tersebut akan dirujuk kepada kepada Pengurus Pembangunan Pengadil FAM.

(b) Pemain Johor Darul Ta’zim, Natxo Insa akan dirujuk kesnya ke Jawatankuasa Tatatertib FAM berdasarkan bukti rakaman video dan laporan pengadil ekoran tindakannya yang menyerbu dan menyentuh pengadil selepas tamat perlawanan.

2. Perlawanan Liga Super 2021, Sabah FC lwn Terengganu FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Ahad, 21 Mac 2021

(a) Pengadil terbabit telah didapati menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan sepanjang perlawanan berlandaskan laporan Penilai Pengadil yang bertugas pada perlawanan tersebut.

Justeru, pengadil terbabit telah dikenakan tindakan penggantungan daripada sebarang tugasan perlawanan selama dua minggu secara serta-merta dan akan dirujuk kepada Pengurus Pembangunan Pengadil FAM untuk mengikuti program penambahbaikan prestasi sebelum kembali bertugas bermula dari liga divisyen bawah dan hanya akan dilantik semula sebagai pengadil perlawanan Liga Super selepas prestasinya dinilai berada pada tahap yang memuaskan.