sukan

Jurulatih dedah keadaan semasa Lee Zii Jia

Pemain profesional negara, Lee Zii Jia, masih berteka-teki mengenai pembabitannya dalam Program Road to Gold (RTG) bagi menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Jurulatihnya, Yeoh Kay Bin, menjelaskan pemain nombor sembilan dunia itu sebaliknya sedang memberi tumpuan penuh kepada pemulihan pergelangan kaki kanannya yang membelenggunya sejak Disember tahun lalu.

Dia hanya sempat kembali beraksi dalam tempoh singkat sebelum menarik diri dalam Kejohanan Seluruh England di Birmingham bulan lalu gara-gara pergelutan serupa.

Zii Jia yang tidak menyertai Program RTG menuju temasya di Paris tahun lalu merupakan pemilik pingat gangsa, namun Jawatankuasa RTG 2025 akan mengadakan perbincangan dengan atlet pada bulan depan bagi memperkasakan lagi prospek pemburuan pingat emas sulung Sukan Olimpik.

sumber:- stadium astro

Semalam, 13 pemain badminton disenaraikan dalam Program RTG dengan pencapaian mereka akan dinilai setiap enam bulan.