Liverpool kian menghampiri misi untuk menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan West Ham United 2-1 malam tadi, dengan Mohamed Salah memecahkan rekod bagi bantuan gol terbanyak dalam semusim dan Virgil Van Dijk meledak gol kemenangan lewat permainan.
Salah meraikan kontrak baharunya bersama Liverpool dengan mencipta bantuan bagi gol pembukaan Luis Diaz – pembabitan gol ke-45 dalam semusim dan memecahkan rekod untuk kempen 38 perlawanan.
West Ham bagaimanapun berjaya bangkit apabila menyamakan kedudukan menerusi jaringan sendiri Andy Robertson.Namun Virgil van Dijk meledak gol kemenangan pada minit ke-90 sekali gus meletakkan Liverpool berkelebihan 13 mata mengatasi Arsenal dengan baki enam perlawanan lagi.
sumber: BH
West Ham pula di tangga ke-17 dengan 35 mata. -REUTERS