sukan

De Bruyne dedah akan sertai pasukan EPL lain musim depan

Selepas kebangkitan bergaya Manchester City yang mengatasi Crystal Palce 5-2 selepas ketinggalan dua gol dibelakang pada awal perlawanan.

Pemain terbaik perlawanan, Kevin De Bruyne tidak menolak kemungkinan untuk beraksi bersama mana-mana pasukan Liga Perdana Inggeris selepas dilaporkan akan menjadi ejen bebas selepas musim berakhir.

“Sejujurnya saya tidak tahu, keputusan untuk meninggalkan (Manchester City) baru sahaja muncul.”Saya perlu bercakap dengan mereka (pasukan lain) dahulu, baru kita akan tahu pasukan mana yang betul-betul inginkan saya.

“Ketika ini saya tidak tahu,” kata Kevin.Kevin juga berkata dia akan bersedia untuk duduk dan berbincang jika ada pasukan luar yang mempunyai pelan dan projek yang baik.

sumber:- stadium astro

“Apa-apa pun projek yang ada, saya sanggup mendengarnya kerana saya sayang dengan bola sepak dan saya ingin bermain bola sepak,” katanya