sukan

TERKINI : Indonesia sah layak ke Piala Dunia!

Indonesia mengesahkan tempat ke Piala Dunia B-17 setelah mara ke suku akhir Piala Asia B-17 dengan mengatasi Yemen semalam.
Setelah mengejutkan Korea Selatan dalam aksi pertama Piala Asia B-17, Indonesia turun dengan misi merekodkan satu lagi kemenangan ke atas Yemen yang menewaskan Afghanistan.

Kemenangan bakal memastikan tiket ke suku akhir Piala Asia B-17 dan juga membawa Indonesia ke Piala Dunia yang akan berlangsung di Qatar bersama lapan lagi negara dari benua Asia.

Kemenangan 4-1 berjaya dihasilkan skuad Indonesia, jaringan terhasil menerusi Zahaby Gholy, Fadly Alberto, dan dua gol daripada Evandra Florasta — gol saguhati Yemen dihasilkan oleh Mohammed Al-Garash.

sumber:- stadium astro

Kemenangan ke atas Yemen ini mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Asia B-17 serta memastikan slot automatik buat pasukan muda Indonesia ke Piala Dunia B-17 bersama Qatar, Arab Saudi dan Uzbekistan.