sukan

Sah gandingan baharu Tang Jie

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia, Rexy Mainaky, mengesahkan Chen Tang Jie akan tetap berjuang di atas gelangggang dalam masa terdekat.

Tang Jie dipisahkan sementara dengan gandingan beregu campurannya, Toh Ee Wei.

sumber:- stadium astro

Rexy — menerusi wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, di Bukit Kiara — sebaliknya mengesahkan Tang Jie akan digandingkan dengan Wong Vin Sean, 21 — yang sebelum ini beraksi di samping Goh Boon Zhe untuk menduduki ranking ke-89 dunia — dalam Terbuka Taiwan (6 Mei depan) dan Terbuka Thailand diikuti Terbuka thailand, minggu berikutnya.