Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk V. Subramaniam, menjelaskan status terkini gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang akan dipisahkan untuk kejohanan akan datang.
Tindakan itu dilakukan selepas mesyuarat Jawatankuasa Prestasi baru-baru ini serta selepas menerima laporan akhir dan cadangan daripada jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, dan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky.
“Susulan keputusan yang diambil pada mesyuarat Jawatankuasa Prestasi baru-baru ini, dan seperti dimaklumkan oleh Datuk V. Subramaniam, status Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei akan diputuskan berdasarkan bimbingan daripada jurulatih.
sumber:- stadium astro
“Selepas pertimbangan, panel kejurulatihan telah memberikan cadangan mereke. ‘Kami telah menerima laporan dan cadangan akhir daripada Nova dan Rexy. Pasangan ini akan dipisahkan untuk kejohanan akan datang. Kami telah bersetuju untuk memberikan masa kepada jurulatih untuk meneroka kombinasi baru.” katanya.