Martabat sukan di Johor terus diperkasa bagi terus meningkatkan nama negeri itu di persada dunia menerusi visi jelas Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Selepas kejayaan demi kejayaan dicapai oleh gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), kini Tunku Mahkota Johor (TMJ) giat berusaha menaikkan mutu sukan lain dengan merancang pelbagai inisiatif terbaru.
Legenda Australia, Tim Cahill, yang turut digelar orang kanan TMJ sedia membantu merevolusikan industri sukan di negeri selatan tanah air itu.
“Kerjasama menarik sedang dijalankan bersama TMJ untuk mempertingkatkan program sukan,” katanya di laman Instagram.Sebelum ini, pemilik JDT itu mengumumkan dua tokoh sukan terkemuka dunia bakal dilantik menjadi individu penting memacu program pembangunan sukan dan belia di Johor.
Bekas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, dipilih menjadi duta selain ikon tempur, Khabib Nurmagomedov, turut berada dalam kotak fikiran TMJ mengutamakan fokus terhadap sukan.
sumber:- stadium astro
Mantan pemain ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams, juga meluangkan masa bersama TMJ baru-baru ini menandakan perbincangan hangat sedang dilakukan bersama.