Bintang Harimau malaya, Faisal Halim, meluahkan rasa bersyukur dapat kembali menyarung jersi Harimau Malaya selepas dipalit dengan insiden simbahan asid pada Mei tahun lalu.
Genap setahun tidak dapat mewakili Harimau Malaya, Faisal kembali diturunkan sebagai pemain gantian ketika skuad negara menewaskan Nepal 2-0 dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.
Sebagai rekod, kali terakhir Faisal menyarung jersi Harimau Malaya adalah ketika menentang Oman dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2024.
“Memang agak lain dan tidak seperti sebelum ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
“Sebelum ini saya pemain pilihan utama, boleh bermain secara normal.
sumber:- stadium astro
“Sekarang ini saya kena banyak bekerja keras untuk mendapatkan kembali rentak terbaik.”