sukan

Arif-Roy King mula kempen di Masters Orleans dengan cemerlang

Perkembangan pusingan pertama Masters Orleans 2025 menyaksikan beregu negara, Junaidi Arif-Yap Roy King meneruskan kemaraan ke pusingan kedua selepas berhempas pulas mengatasi beregu dari India, Hariharan Amsakarunan-Ruban Rethinasabapathi dalam aksi berlangsung dalam rubber set itu.

Walaupun tewas dalam set pertama 17-21 terlebih dahulu, Junaidi-Roy King bangkit dalam dua aksi seterusnya untuk melekar kemenangan 21-7, 21-17 di Palais des Sports.

Lawan Junaidi dan Roy King selepas ini ialah daripada Amerika Syarikat iaitu Chen Zhi Yi dan Presley Smith.Turut meneruskan kemaraan ialah pasangan beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing yang menang dalam aksi straight set ke atas lawan dari Turki, Ercetin Bengisu-Inci Nazlcan 21-19, 21-17.

sumber:- stadium astro

Namun kempen mengecewakan pula buat wakil perseorangan wanita negara, K. Letshanaa, yang tewas dalam aksi subber set kepada pemain Denmark, Amalie Schulz, malah, dengan Justin Hoh turut terkandas kepada pemain Perancis, Arnaud Merkle 21-16, 21-17.