Keputusan seri tanpa jaringan 0-0 menyaksikan saingan kembali terbuka buat kedua-dua pasukan untuk melayakkan diri ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Meskipun menguasai keseluruhan permainan, gergasi Thailand, Buriram United, gagal membawa bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), minggu depan.
Kini, tumpuan terarah kepada wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), yang memiliki kelebihan tertentu apabila bakal melayani kunjungan skuad kendalian Osmar Loss Vieira di hadapan peminat kesayangan.
Tiada kelebihan jaringan buat pasukan pelawat menyaksikan Harimau Selatan tidak berdepan tekanan tinggi sebaliknya perlu mencari jalan untuk membolosi gawang yang dikawal ketat oleh bekas penjaga gol Birmingham City, Neil Etheridge.
Statistik juara 11 kali Liga Super berturut-turut itu semestinya mahu terus dikekalkan tatkala JDT belum pernah tewas di tempat sendiri. Ini sekali gus, membuatkan pasukan bimbingan Hector Bidoglio akan menggunakan kubu sendiri sebagai kekuatan utama anak buahnya meraih kemenangan penting.
Sekiranya perlawanan berakhir dengan keputusan seri sekali lagi, kedua-dua skuad perlu mengharungi aksi tambahan masa atau penalti sebagai penentuan kemenangan.
sumber:- stadium astro
Ayuh ramai-ramai penuhkan SSI! Dapatkan tiket di sini https://tickethotline.com.my/events/63/AFC
Semoga berjaya JDT!