sukan

‘Saya harap dapat kekal lebih lama bersama JDT’

Bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Alhaji Kamara, berkongsikan pengalamannya menyarung jersi juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu sebagai pengalaman berharga.

Malah, pemain berusia 30 tahun itu turut berharap dapat berkhidmat lebih lama bersama skuad Harimau Selatan, dengan dia dibawa masuk pada 2015 selepas dipinjamkan dari Norrkoping sebelum menyertai DC United pada 2016.

Untuk rekod, dia hanya beraksi sebanyak dua perlawanan sahaja bersama kelab dari Selatan Tanah Air itu dan hanya mencetak satu gol.

“Pengalaman bekerja bersama Tunku Mahkota Johor adalah satu anugerah, menjadi pemain JDT merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga.

“Terima kasih bos, kamu merupakan seorang lelaki yang hebat dengan hati yang baik dan ia akan menjadi mimpi saya untuk melawat Johor.

“Melihat semua yang hebat yang ada dalam Johor. Menemui penyokong dan menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium yang menakjubkan.

sumber:- stadium astro

“Masa yang berkualiti, saya berharap saya dapat kekal lebih lama di Johor. Sekali JDT, selamanya JDT. Luaskan kuasamu Johor.” katanya yang tular di laman Facebook.