sukan

Buat pertama kalinya kedudukan Arif Aiman tergugat

Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan seteru ASEAN, Buriram United, bagi perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Arena Chang malam esok.

Dua perlawanan timbal balik kali ini akan menentukan pasukan mana layak bergelar ‘raja bola sepak ASEAN’, yang akan ke suku akhir kejohanan tertinggi benua Asia berkenaan.

Satu perkara menarik untuk disorotkan menjelang perlawanan itu ialah posisi sayap kanan Harimau Selatan, yang sebelum ini cukup sinonim dengan Arif Aiman Hanapi.

Buat pertama kalinya, kedudukan Arif Aiman di posisi itu tergugat dengan kedatangan pemain import baru yang mampu mengisi peranan sama.

Bahkan, pemain yang didatangkan JDT bukan calang-calang pemain, iaitu bekas bintang AC Milan, Samu Castillejo.
Setakat ini, Arif Aiman sudah mempamerkan prestasi yang cukup cemerlang di peringkat ACLE, di mana dia menduduki tangga kelima senarai penajaring terbanyak dengan lima gol, sebaris dengan nama-nama besar seperti Riyad Mahrez, Aleksandar Mitrovic dan Ivan Toney.

Adakah Samu Castillejo akan melakukan penampilan pertama buat JDT malam esok atau Arif Aiman kekal mendapat kepercayaan ketua jurulatih, Hector Bidoglio?.

sumber:- stadium astro

Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 802 bermula dengan prarancangan pada jam 9.30 malam esok.Anda juga boleh tonton secara live streaming di Astro GO.