sukan

ACLE: JDT ‘ambil serius’ cadangan Buriram United

Menjelang aksi timbal balik pertama Pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit malam esok, pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail tampak ‘mengambil serius’ cadangan pengerusi Buriram United, usai perlawanan Kumpulan A pada 3 Disember lalu.

Pengerusi Buriram United, Newin Chidchob dalam temuramahnya berkata beliau menganggap JDT bukanlah pasukan yang kuat, selain memberi cadangan bahawa pemilik JDT, Tunku Ismail perlu melabur lebih banyak lagi untuk pertarungan yang lebih menarik.

“JDT tidak sekuat mana. Saya perlu katakan bahawa standard Liga-M berbeza dengan kancah tempatan Thailand. Saya perlu berkata jujur.” katanya.

“Walaupun JDT membawa masuk ramai pemain import yang berkualiti, ia bukan sesuatu yang merisaukan saya. Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, perlu melabur lebih banyak supaya kami boleh mengadakan perlawanan bersama tahun depan.” tambahnya lagi.

Namun, perubahan demi perubahan dalam pasukan JDT baru-baru ini menjelaskan bahawa JDT begitu serius untuk mengecap kejayaan demi kejayaan baik dalam saingan tempatan mahupun saingan peringkat Asia. Buktinya, JDT telah berjaya menandatangani 5 pemain yang bertaraf antarabangsa iaitu Alvaro Gonzalez, Jonathan Viera, Roque Mesa, Anselmo de Moraes, dan terbaharu Samu Castillejo.

JDT pastinya mahu membuktikan tanggapan Newin tersebut salah sama sekali dalam perlawanan timbal balik pertama ACLE malam esok, dengan hadirnya tonik tambahan setelah bergelar juara Liga Super Malaysia 2025 dengan kejayaan 11 tahun berturut-turut.

sumber:- stadium astro

Info Siaran Langsung & Live Streaming ACLE: Buriram United vs JDT
Tarikh: 4 Mac 2025 (Selasa)
Masa: 10 malam
Saluran: Astro Arena Bola 802 & Astro GO