Hasrat impian negara untuk merebut kejuaaran dalam Kejohanan Badminton Terbuka Jerman 2025 terkandas apabila dua wakil negara tewas di suku akhir, malam tadi.
Gandingan beregu wanita muda negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, tumpas straight set 9-21, 13-21 kepada wakil Jepun Mizuki Otake-Miyu Takahashi di Westenergie Sporthalle.
Beregu lelaki meningkat naik negara, Arif Junaidi-Yap Roy King, juga terpaksa akur kepada kehebatan wakil utama Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, selepas disingkir dengan keputusan 16-21, 16-21.
sumber:- stadium astro
Selepas ini, kem negara akan meneruskan perjuangan dalam Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis bermula meniggu depan sebagai aksi pemanas badan sebelum ke pertandingan berprestij bertaraf super 1000, Kejohanan Badminton Seluruh England.