DEWAN Westenergie Sporthalle sekali lagi menjadi saksi kepada semangat juang pemain negara Justin Hoh apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan pemain Jepun, Takuma Obayashi, dalam aksi perseorangan lelaki Terbuka Jerman Super 300.
Justin, yang berdepan dengan tentangan sengit daripada Obayashi, terpaksa berhempas pulas selama 73 minit sebelum akhirnya berjaya mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua dengan kemenangan 21-19, 19-21, 21-19.
Kemenangan ini membolehkan beliau untuk berdepan dengan wakil Singapura, Jason Teh Jia Heng, dalam perlawanan pusingan 16.
Turut mencuri tumpuan adalah Cheam June Wei, yang memulakan kempennya langkah kanan apabila menewaskan wakil Taiwan, Su Li Yang, dalam straight set.
Kemenangan 23-21, 21-13 membuka laluan buat June Wei untuk berdepan dengan pemain Singapura yang lebih ternama, Loh Kean Yew. Dalam acara beregu campuran, pasangan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, yang berada di ranking ke-14 dunia, tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Algeria, Koceila Mammeri-Tanina Violette Mammeri, 21-11, 21-15 dalam masa 26 minit.
Pasangan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut melakar kemenangan penting apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan beregu Singapura, Terry Hee Yong Kai-Jin Yu Jia, 15-21, 24-22, 21-19 dalam masa 73 minit yang mendebarkan.
Beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing juga mara selepas menang ke atas wakil Jerman, Selin Hubsch-Amelie Lehmann, 21-12, 21-14 dalam masa 38 minit.
Bagaimanapun, cabaran pemain perseorangan wanita negara, K Letshanaa, terhenti di pusingan pertama apabila tewas kepada wakil Denmark, Line Christophersen, 20-22, 21-10, 21-15 dalam masa 52 minit. Sebelum itu beregu negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, meloloskan diri ke pusingan kedua.
Cabaran Arif Wan-Roy King hampir terhenti awal apabila dikejutkan pasangan Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer, yang mendominasi set pertama, 23-21.
Namun, dengan semangat juang yang tinggi, Arif-Roy King membuktikan keunggulan apabila memenangi dua set berikutnya, 21-13, 21-12, sekaligus memastikan slot di pusingan seterusnya dalam masa 52 minit.
Kemenangan ini bukan sahaja penting buat Arif-Roy King, tetapi juga buat negara setelah mereka menjadi wakil tunggal negara dalam acara beregu lelaki yang berjaya meneruskan kemaraan.
Arif-Roy King, yang akan berdepan dengan pasangan Taiwan, Po Li-wei-Chang Ko-chi yang menewaskan wakil Perancis, Mael Cattoen-Lucas Renoir, 22-20, 21-18.
Tiga lagi beregu negara, Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, Aaron Tai-Kang Khai Xing, dan pasangan profesional Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, terpaksa akur dengan kekalahan di pusingan pertama.
Low Hang Yee-Ng Eng Cheong, yang berada di ranking ke-41 dunia, gagal menyaingi rentak permainan pantas beregu Scotland, Christopher-Matthew Grimley apabila terpaksa akur kekalahan straight set, 14-21, 14-21.
Juara remaja dunia, Aaron Tai-Kang Khai Xing, yang masih mencari rentak dalam saingan senior, turut mengalami nasib sama apabila tewas kepada beregu Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, 19-21, 18-21 dalam masa Nur Azriyn-Wee Kiong pula tewas kepada Lu Meng-che-Tang Khai-wei, 21-19, 13-21, 19-21 dalam masa 59 minit.
sumber:- SH
Pemain perseorangan wanita negara, S Kisona juga turut berakhir selepas tewas kepada pemain India, Rakshitha Sree Santhosh Ramraj, 20-22, 31-5, 23-25 dalam masa 68 minit. Kisona mara dari pusingan kelayakan selepas menewaskan Clara Azurmendi dari Sepanyol, 21-15, 21-10.