sukan

Nasib Izzuddin-Sze Fei ditentukan bulan depan

KEPUTUSAN penyertaan beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dalam program Road To Gold (RTG) bakal diketahui bulan depan.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang bertemu pasangan profesional negara itu pada Rabu.

Beliau berkata, pasangan nombor dua itu juga kerap menyertai kejohanan di pentas antarabangsa dan belum pernah menerima sebarang manfaat daripada program tersebut.

“Bagi memastikan kebajikan mereka terbela, satu pertemuan telah diadakan untuk membincangkan bentuk bantuan yang sesuai. Saya juga mendengar cabaran yang mereka hadapi.

“Keputusan mengenai sokongan serta insentif akan diperhalusi dalam perbincangan lanjut pada Mac,” katanya selepas melancarkan laluan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 di Putrajaya pada Khamis.

Beliau menjelaskan, anggota jawatankuasa baharu RTG juga akan dimaklumkan pada bulan depan.Tambah Hannah, dalam usaha mempersiapkan atlet ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) pihaknya giat mengenal pasti pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Ia bagi menentukan bentuk bantuan dan sokongan yang diperlukan,” katanya.Mengulas mengenai peluang beregu campuran berpengalaman negara yang berstatus ketiga dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk menyertai RTG, Hannah berkata: “Mereka akan mendapat perhatian sewajarnya selaras dengan pencapaian di peringkat antarabangsa.

sumber:- SH

“Malah mereka juga akan tahu sama ada keluar atau masuk ke dalam RTG berdasarkan kedudukan ranking.”