Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut meraikan kejayaan kelab terbaik Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), yang dinobatkan selaku juara Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), semalam.
Seri Paduka Baginda turut menyampaikan ucapan tahniah kepada salah satu gergasi Asia itu atas pencapaian yang memberangsangkan tersebut menerusi satu hantaran di laman rasmi Instagram.
Terdahulu, skuad kendalian Hector Bidoglio berjaya memenangi perlawanan bertemu Perak 2-0 melalui jaringan bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez Ruiz dan penalti yang yang disempurnakan penyerang berbisa, Jorge Leonardi Obregon Rojas.
JDT sekali lagi berpeluang melengkapkan semua koleksi trofi termasuk melakar sejarah ‘Triple Quadruple’ dalam tiga musim berturut-turut apabila bakal membuat perhitungan berdepan Sri Pahang dalam aksi akhir Unifi Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), April depan.
sumber:- stadium astro
Ia secara keseluruhan membuatkan JDT berjaya merangkul gelaran liga, Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini.