Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri, mempertahankan kejuaraan dalam acara keirin Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) apabila mengungguli aksi final di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi.
Turun sebagai pelumba dengan fizikal paling kecil dalam perlumbaan final itu, Nurul Izzah Izzati, memilih untuk memintas pelumba China, Guo Yufang, di selekoh terakhir, untuk bergelar juara tanpa membenarkan pelumba Korea Selatan, Kim Haeun, memintasnya.
Nurul Izzah Izzati menamatkan saingan selaku pemenang pingat emas dengan catatan masa 11.535s, di depan Kim Haeun dan Guo Yufang.
sumber:- stadium astro
Dalam pada itu, juara dunia dari Jepun, Mina Sato, menamatkan perlumbaan final itu di kedudukan terakhir daripada enam pelumba.