sukan

Pearly dedah sumber smash Rekod Dunia

Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan, memberi penghormatan kepada bapanya atas pencapaian selaku pemegang rekod dunia untuk smash terpantas badminton wanita pada 2023.

Pukulan 438 kilometer (KM) per jam yang dirakam kamera berkelajuan tinggi itu dikatakan menyayingi kelajuan tertinggi perlumbaan Formula 1.

Atlet berusia 25 tahun itu berkongsi resipinya terhadap kebolehan menghasilkan pukulan tersebut.“Saya tidak mempunyai banyak kuasa, tetapi ayah saya sentiasa mengajar saya untuk fokus pada kelajuan dan kemahiran.

“Setiap kali saya berasa ragu-ragu, ayah saya yang sentiasa membantu dan menyokong saya.”Dia adalah sumber motivasi terbesar saya. Dia mempercayai saya apabila saya meragui diri saya sendiri,” katanya.

Bapanya, Tan Seng Hoe, adalah seorang jurulatih dan memiliki kelab badminton di Alor Setar, Kedah.
Dia memainkan peranan penting dalam perjalanan awal badminton anak perempuannya yang melibatkan pelbagai penguasaan seperti mengasah teknik, ketangkasan, pukulan dan lompatan.

Usahanya telah membuahkan hasil yang lumayan kerana Pearly Tan adalah salah seorang daripada segelintir pemain wanita yang mempunyai kebolehan untuk melompat smash dari mana-mana bahagian gelanggang.

sumber:- stadium astro

Pukulan smashnya juga telah membuktikan antara yang paling menakutkan dalam kategori beregu wanita.
Selain anak perempuannya, Seng pernah melatih Lee Zii Jia, yang berasal dari Alor Setar ketika muda.