Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, dijangka akan kembali beraksi dalam Kejohanan Badminton Masters Orleans di Perancis awal bulan depan.
Nama Zii Jia tersenarai dalam 28 pemain persorangan lelaki kejohanan itu dan sekiranya dia beraksi, ia akan menjadi kejohanan pertama disertainya tahun ini.
Sebagai pemain nombor tujuh dunia, Zii Jia akan berada dalam kelompok pemain pilihan kejohanan itu.Sebagai rekod, jaguh perseorangan negara itu tidak pernah beraksi sejak mengalami kecederaan buku lali kanan dalam Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di China hujung tahun lalu.
sumber:- stadium astro
Masters Orleans juga dilihat akan menjadi medan pemanas badan buatnya menjelang Kejohanan Seluruh England seminggu kemudian.