Pertahanan tengah Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni, tidak berselindung dengan hasratnya untuk mendakap piala sebelum menggantungkan but.
Selepas empat musim berkelana ke Terengganu, bekas pemain B-23 Kelantan itu sedar masa untuknya memenangi kejuaraan kian suntuk, namun akan terus merintis usaha merealisasikan impian tersebut bersama Sang Penyu.
“Selagi Terengganu mahukan (khidmat) saya, saya sanggup berkorban di sini.”Kalau tanya pemain, mesti nak piala.
“Tetapi saya umur 27 (tahun), satu piala pun tiada lagi. Insya-Allah kalau ada rezeki,” katanya kepada wartawan, Fadhirul Shuhaimi, dalam segmen Pemain Eksklufif di youtube Astro Arena.
sumber:- stadium astro
Dalam masa sama, Shahrul Nizam turut menceburi bidang perniagaan menerusi kedai ikan yang kini diusahakan adiknya selain memantapkan ilmu dalam selok-belok perniagaan ikan bakar pula.”Main bola ada tempohnya, saya perlu sediakan pelan B,” katanya.