Secara tiba-tiba, gergasi China, Shandong Taishan, menarik diri daripada kancah Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan kejutan itu berlaku menjelang pertemuan terakhir Kumpulan A menentang Ulsan HD.
Shandong Taishan akan dikenakan tindakan dan hukuman berat selepas disahkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), sebentar tadi.
Berdasarkan peraturan, sekirang sebuah pasukan gagal menghadiri perlawanan, setiap aksi terdahulu dibatalkan secara tidak langsung.
Persoalan bermain adakah ia adil kepada pasukan yang bermain sebanyak tujuh perlawanan, sementara ada pasukan yang perlu bermain sebanyak lapan aksi.
Ini bermakna, terdapat perubahan bagi pertembungan pusingan 16 yang akan berlangsung Mac depan.Pada asalnya, juara Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan bertemu Gwangju.
Namun, disebabkan perkara itu, skuad Harimau Selatan berkemungkinan mendapat kemenangan percuma 3-0 meskipun sebelum ini tewas kepada Shandong Taishan.
Hal ini menyaksikan pasukan bimbingan Hector Bidoglio bakal menduduki tempat ketiga dan Buriram United berpotensi menjadi penghalang di peringkat kalah mati tersebut.
sumber:- stadium astro
Begitupun, masih tiada penjelasan rasmi daripada badan induk bola sepak Asia (AFC) itu.