Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuat kejutan apabila mengikat pemain import dari Brazil, Anselmo Moraes dalam usaha memantapkan Harimau Selatan bagi menghadapi Pohang Steelers pada aksi Kumpulan Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Selasa ini.
Bekas pemain tengah kelab Al-Nassr dan Al-Wehda itu kemungkinan menjadi calon utama bagi menggantikan Roque Mesa yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang Central Coast Mariners, baru-baru ini.
Perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran video di akaun media sosial Johor Southern Tigers yang menyaksikan kelibat Anselmo Moraes berada di Stadium Ibrahim dan bakal menyarung jersi bernombor 87.
“Pemain baharu, selamat datang Anselmo Moraes,” umum JDT di akaun media sosial rasmi kelab berkenaan.Moraes yang beraksi di posisi tengah bertahan menyertai JDT selepas dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al-Wehda pada Julai lalu.
Malah, tonggak berusia 35 tahun itu pernah menyarung jersi pasukan ternama seperti kelab Genoa, Palermo, Al-Nassr dan Internacional di Brazil.
Dan kehadiran Moraes bakal meredakan keresahan pengendali JDT, Hector Bidoglio bagi menguatkan posisi tengah Harimau Selatan.
sumber:- BH
Malah, dia juga kini mempunyai pilihan apabila Juan Muniz dan Murilo Henrique sudah bebas daripada penggantungan.