Pengendali PDRM, P Maniam, tetap memuji kepada barisan pemain Sang Saka Biru walaupun mengalami kekalahan besar di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT), malam tadi.
Maniam percaya pemain sedia ada, sudah melakukan tugas masing-masing dengan baik setelah barisan utama diberi rehat menjelang final MFL Challenge Cup.
Bekas jurulatih Petaling City itu percaya keputusan perlawanan menentang Harimau Selatan itu tidak jejaskan keyakinan pemain untuk mempertahankan mahkota kejuaraan.
Mereka bakal merintis ranjau berliku bertemu Selangor untuk dua aksi final pada 15 dan 22 Februari ini.”Jika dibandingkan dengan JDT, sudah tentu tahap JDT lebih tinggi. Kami perlu lupakan (kekalahan ini).
sumber:- stadium astro
“Kami perlu tumpukan kepada MFL Challenge Cup.”Sudah tentu kekalahan 0-4 terlalu banyak jadi saya perlu memotivasi anak buah,” katanya selepas perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim itu.