Seorang bekas pemain West Ham berdepan diekstradisi ke Jepun berhubung rompakan £680,000 (RM3.7 juta) di sebuah kedai barang kemas mewah di Tokyo.
Kaine Wright dituduh bersama-sama Joe Chappell telah mencuri 46 barang kemas selepas menyamar sebagai pelanggan untuk masuk ke premis di Tokyo itu pada 2015.
Pada 2022, seorang hakim enggan membenarkan kedua-duanya diekstradisi malah membebaskan mereka berikutan mendapati ketiadaan bukti kukuh untuk mensabitkan Chappell, selain terdapat risiko bahawa kedua-duanya berdepan layanan buruk ketika ditahan.
Bagaimanapun, Kerajaan Jepun membuat rayuan dengan menawarkan jaminan menyeluruh mengenai layanan terhadap Wright dan Chappel.
Begitupun, pada kelmarin, hakim telah membatalkan keputusan itu selepas mendapati prima facie dalam kes berkenaan, sekali gus mencetuskan kemungkinan kedua-dua penjenayah tersebut bakal diekstradisi.
Seorang pengawal keselamatan dikatakan telah diserang ketika rompakan itu dengan Wright dan Chappell didapati meninggalkan Jepun, dua hari selepas kejadian itu.
sumber:- stadium astro
Pihak berkuasa Jepun kemudian berjuang untuk mengekstradisi mereka sejak Mac 2018.Wright pernah muncul sebagai pemain muda di West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum melebarkan kariernya dalam kancah Liga Bolasepak Utama (MLS) di Amerika Syarikat (AS).