sukan

TERKINI : Aksi Pearly-Thinaah berdepan gandingan China hanya perlu 9 minit

Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah tidak perlu bermandi peluh ketika mengesahkan tiket ke suku akhir Terbuka India, hari ini.

Pasangan nombor tujuh dunia itu yang berdepan gandingan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian hanya beraksi di gelanggang selama sembilan minit sebelum lawan memutuskan untuk menarik diri di set pertama aksi pusingan kedua.

Ketika itu, Pearly-Thinaah sedang mendahului 14-4 pada aksi di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi.

Keputusan tidak meneruskan permainan dibuat gandingan China selepas Shu Xian difahamkan mengalami kecederaan.Ini adalah suku akhir pertama buat Pearly-Thinaah musim ini selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia, minggu lalu.

sumber:- BH

Pearly-Thinaah akan berdepan pemenang perlawanan antara gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dengan pasangan India, Tanisha Crasto-Ashwini Ponnappa bagi perebutan tiket ke separuh akhir, esok.