sukan

Herry akui Malaysia punyai beregu berkualiti teramai

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi tidak sabar untuk memulakan tugasnya di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dan bersedia menyahut cabaran untuk membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Malah beliau mengakui Malaysia mempunyai barisan pemain beregu antara yang teramai di dunia yang mempunyai kualiti dan sekiranya digilap mereka mampu menakluk dunia.

Herry, 63, yang diberi julukan Herry Ip, mengakui atas sebab itu mendorongnya untuk menerima tawaran daripada Persatuan Badminton Dunia (BAM).

Katanya, Malaysia mempunyai beregu berkualiti seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King yang mana beliau yakin jika digilap mereka mampu menguasai pentas dunia.

“Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun dan Wan Arif-Roy King saya lihat ada kualiti dan boleh terus berkembang. Ini beregu yang saya lihat di kejohanan sebelum ini.

“Yang lain nanti saya lihat dulu apabila sudah memulakan tugas nanti,” katanya.

Semalam, jurulatih berpengalaman dari Indonesia itu diumumkan sebagai ketua jurulatih beregu lelaki negara yang baharu bagi menggantikan tempat Tan Bin Shen yang berhijrah ke Hong Kong dengan misi utama adalah emas di LA 2028 selain mencari gelaran juara dunia.

Sentuhan magis Herry ditagih hasil kejayaannya bersama skuad Indonesia apabila berjaya melahirkan juara Olimpik seperti Tony Gunawan-Candra Wijaya (Sydney 2000) dan Hendra Setiawan-Markis Kido (Beijing 2008) serta menghasilkan deretan pasangan bertaraf dunia.

Dia juga bertanggungjawab membentuk gandingan Hendra bersama Mohammad Ahsan yang menyaksikan mereka memenangi beberapa gelaran dunia dan Seluruh England.

Di bawahnya sentuhannya juga, beliau berjaya melahirkan Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo yang turut meraih gelaran Seluruh England dan menjadi pasangan beregu lelaki nombor satu dunia.

sumber:- HM

Mengulas mengenai perancangan awalnya sebaik memulakan tugas secara rasmi pada 1 Februari ini, Herry berkata, beliau memerlukan masa masa untuk mengenali perwatakan setiap pemain yang akan dilatihnya nanti.