sukan

Kobe Chong, Richard Chin, Jaami Qureshi cetus tanda tanya

Tiga pemain muda warisan negara yang berpangkalan di England iaitu Kobe Jae Chong, Richard Chin, Jaami Qureshi kemungkinan tiada dalam senarai skuad negara menjelang Kelayakan Piala Asia 2027.

Ini susulan perkongsian Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebelum ini yang menjelaskan rata-rata pemain warisan negara yang dikenal pasti daripada Eropah Selatan dan bukannya dari England.

“(Pemain warisan tersebut bermain di posisi) pertahanan tengah, pertahanan kiri, penyerang, pemain tengah, pemain tengah menyerang dan sayap kiri.

“Majoriti bermain di liga teratas di Eropah. Tiada pemain dari England dan kebanyakan dari Eropah Selatan,” kata Tunku Mahkota Ismail dalam laman X milik baginda.

sumber:- stadium astro

Manakala, tiga pemain muda itu pula berkelana di England ketika ini.