sukan

Khabib dihalau keluar dari pesawat

Bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dilaporkan diiring keluar dari sebuah pesawat selepas terbabit insiden pertikaian dengan Frontier Airlines.

Insiden itu, yang dipercayai berlaku dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, menuju ke Los Angeles, Sabtu lalu, kini tular di media sosial.

Dalam rakaman itu, Khabib, 36, dilihat berbalas percakapan dengan kakitangan penerbangan sambil duduk di barisan pintu kecemasan pesawat itu.

Seorang pekerja syarikat penerbangan yang tidak dikenal pasti dilihat memberitahunya bahawa dia perlu menukar tempat duduk atau turun dari pesawat.

Kakitangan syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa pramugari tidak selesa dengan kehadiran Khabib di barisan pintu kecemasan.

“Ia tidak adil,” kata Khabib yang kemudian dijawab oleh pekerja berkenaan: “Ia adil. Ya, memang begitu.”

Khabib menjelaskan bahawa semasa proses daftar masuk, dia ditanya sama ada memahami bahasa Inggeris, dan dia mengesahkan kepada kakitangan syarikat penerbangan bahawa dia memang memahami bahasa itu.

“Saya tidak akan berdebat lebih lanjut. Saya akan panggil penyelia,” kata kakitangan penerbangan dalam rakaman itu.

Perbualan mereka berakhir selepas pekerja itu menegaskan bahawa Khabib perlu sama ada menukar tempat duduk atau diiring keluar dari pesawat.

“Yang mana satu pilihan anda?” tanya pekerja itu sebelum menambah bahawa dia akan memanggil penyelia dan Khabib perlu ditempatkan semula dalam penerbangan lain.

Selepas perbincangan itu, Khabib dilihat berdiri dan berjalan ke bahagian depan pesawat.

sumber:- HM

Rakaman insiden ini menjadi tular di media sosial, dengan ramai pengguna X menuduh Frontier Airlines bertindak secara diskriminasi terhadap Khabib yang beragama Islam.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

6 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

6 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

10 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

11 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

11 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

12 hours ago