sukan

Masih belum fikir

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio enggan memikirkan kejuaraan liga yang tampak semakin hampir digapai tatkala berbaki tujuh perlawanan lagi selepas membelasah Sabah FC 4-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Sebaliknya, Bidoglio mahu mengharungi satu demi satu perlawanan tatkala berbaki tujuh perlawanan lagi yang perlu ditempuh skuad Harimau Selatan, malah beliau menegaskan terlalu awal untuk memikirkan kejuaraan.

“Saya enggan fikirkan lagi kejuaraan liga, perjalanan masih jauh malah kami bukan sahaja perlu memikirkan saingan liga, sebaliknya ada satu perlawanan yang menanti iaitu separuh akhir Piala Malaysia dan ia piala yang penting bagi JDT,” katanya.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas skuad kendalian Martin Stano, pengendali kelahiran Argentina itu tidak menolak ia merupakan perlawanan sukar buat JDT apabila pasukan lawan tampil dengan corak permainan berintensiti tinggi.

“Kami tahu ia perlawanan yang begitu sukar dan mencabar kerana di babak pertama kami tidak beraksi dengan baik dan kawalan bola juga tidak memuaskan selain posisi pemain di awal permainan juga tidak baik.

“Tapi apabila di babak kedua, pemain mula bermain tanpa tekanan dan lebih bersabar ketika melakukan menyerang malah perbaiki posisi permainan dan menggerakan bola di sayap kiri dan kanan tanpa sebarang tekanan.

“Pandangan saya di babak kedua, apa jua perancangan taktikal yang dibuat tampak berkesan berbanding pada babak pertama dan pemain juga lebih selesa mengawal permainan selepas tidak memberi ruang buat pemain Sabah menguasai di posisi tengah,” katanya.

Dalam perlawanan itu, JDT terpaksa menanti pada babak kedua untuk membuka akaun jaringan menerusi Juan Muniz pada minit ke-51 dan minit ke 69 disusuli dua gol penyerang prolifik, Bergson da Silva pada minit ke-79 hasil sepakan penalti dan jaringan pada minit ke-83.

Ditanya mengenai kecederaan yang dialami tonggak pertahanan Harimau Selatan, Feroz Baharudin, Bidoglio nyata sedih apa yang dialami tonggak pertahanan Harimau Selatan itu dan berharap dia pulih dan kembali beraksi bersama rakan sepasukan yang lain,

sumber:- HM

“Feroz pemain penting buat kami tapi apakan daya dia mengalami kecederaan dan terpaksa menjalani rawatan dan saya tidak pasti tempoh proses pemulihan dan mungkin perlu tunggu seminggu lagi untuk mendapat pengesahan status kecederaannya,” kata Bidoglio.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

2 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

2 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

6 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

8 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

9 hours ago