Hajat pasangan merpati dua sejoli, Goh Soon Huat-Shevon Lai, memecahkan kebuntuan selama 60 tahun negara tidak kesampaian apabila tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi rubber set 21-17, 12-21, 16-21 Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Pilihan keempat kejohanan itu memulakan aksi dengan pukulan pantas untuk segera mendapatkan mata bagi memenuhi misi negara sambil dibantu sorakan peminat tempatan yang hadir hari ini.
Gandingan beregu campuran profesional negara itu tidak melepaskan peluang untuk mendahului set pertama 21-17 dalam tempoh 17 minit meskipun mendapat asakan tanpa henti daripada pelawat.
sumber:- stadium astro
Memasuki set kedua, satu venue seakan terdiam tatkala pasangan Thailand itu kembali memperaga permainan memukau tanpa memberikan sebarang peluang buat wakil negara melakukan sesuatu.
Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More
Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More
Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More
Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More
"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More
Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More