Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan rentak kemenangan di laman sendiri apabila menewaskan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 1-0 pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman sebentar tadi.
Meskipun beraksi di laman sendiri, Kedah yang bertindak selaku pasukan pelawat pada saingan ini terlebih dahulu mendahului menerusi sentuhan pemain lincah Fayadh Zulkifli yang merembat bola ke penjuru kanan KDN FC selepas mendapat hantaran cantik Hasbullah Abu Bakar.
Pada penghujung babak pertama, KDN menerusi Fazrul Amir melepaskan peluang keemasan apabila percubaannya di hadapan gawang Kedah melencong sekali gus menghampakan usaha skuad Kijang Emas bimbingan Park Jae Hong mencari gol penyamaan.
Pada babak kedua perlawanan, Kedah membuat gantian pemain dengan memasukkan penyerang Ebenezer Assifuah menggantikan penyerang Milos Gordic, manakala KDN FC memasukkan pemain tengah, Ashraff Alifuddin Yasin bagi menguatkan jentera serangan.
Kedua-dua pasukan dilihat terus berusaha memburu gol namun buntu dalam menghasilkan jaringan dengan tempo yang agak perlahan.
Ketika permainan berada dalam masa tambahan, KDN FC hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan Afzar Akbar namun sedikit tersasar.
sumber:- BH
Fazrul Danel turut mensia-siakan peluang di depan pintu gol selepas gerakannya berjaya dihalang penjaga gol KDN, Alfaiz Zulamin dan keputusan 1-0 ini menyaksikan Kedah naik tiga anak tangga ke tangga keenam dengan 20 mata.