sukan

Nama Van Gaal kini jadi sebutan untuk jadi pengedali baharu skuad Kebangsaan

Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) membuat kejutan apabila sah memecat ketua jurulatih, Shin Tae-yong, hari ini.

Keputusan pemecatan jurulatih dari Korea Selatan itu diumumkan PSSI menerusi satu kenyataan media di laman sosial persatuan itu.

“PSSI mengumumkan penamatan kontrak Shin Tae-yong sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia Senior dan U-23.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan pertimbangan yang panjang dan matang serta penilaian yang dilakukan oleh PSSI dan badan pasukan kebangsaan secara menyeluruh terhadap prestasi pasukan dan matlamat jangka panjang yang ingin dicapai oleh PSSI.

“PSSI mengucapkan terima kasih dan menghargai segala sumbangan yang telah diberikan untuk pembangunan pasukan kebangsaan bola sepak Indonesia. PSSI berharap yang terbaik untuk Shin Tae-yong pada masa depan,” kata badan induk itu.

Untuk rekod, pengendali kelahiran Korea Selatan itu memacu Sang Garuda ke perlawanan peringkat kalah mati dalam saingan Piala Asia Qatar 2023, tahun lalu.

Tae-yong juga berjaya membawa Indonesia melayakkan diri secara merit ke Piala Asia Arab Saudi 2027 dan sedang menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Susulan keputusan mengejut itu, nama jurulatih terkemuka dunia iaitu Louis van Gaal disebut-sebut bakal mengisi posisi ditinggalkan Tae-yong.

sumber:- HM

Memandangkan hampir keseluruhan pemain kacukan atau naturalisasi Indonesia mempunyai pertalian dengan Belanda, maka Van Gaal dilihat calon hangat untuk di bawa membimbing pasukan itu.

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

9 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

9 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

13 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

14 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

14 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

15 hours ago