Hala tuju bekas kapten Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sony Norde selepas mengucap selamat tinggal kepada Sang Kenari akhirnya terjawab apabila pemain kelahiran Haiti itu sah diumum menyertai Malut United FC yang bersaing dalam Liga 1 Indonesia.
Pengumuman kemasukan Sony itu dimuatnaik oleh pihak pengurusan MUFC melalui satu hantaran yang dibuat di laman rasmi kelab dikenali sebagai Laskar Kie Raha, hari ini.
Menurut ketua jurulatih Malut United, Imran Nahumarury, pihaknya terpikat dengan ketangkasan serta kelincahan Sony ketika Malut United mengadakan aksi persahabatan antarabangsa menentang Kedah pada 30 Ogos tahun lalu di Stadium Darul Aman.
Lantaran itu, kelincahan bekas pemain sayap Sang Kenari ini ternyata berbaloi buat Sony yang berjaya menarik perhatian dan seterusnya dipilih untuk memperkuatkan MUFC pada sesi kedua perpidahan pada tahun ini.
“Kami melihat potensi Sony ketika kami beraksi menentang KDA FC. Pengalaman dan kerja keras Sony di atas padang dilihat sesuai dengan apa yang kami mahukan buat pasukan,” katanya.
sumber:- HM
Selain Sony, pihak Malut United juga memaklumkan mengenai kemasukan sorang lagi pemain pemain tengah, Jonathan Bustos dari Argentina yang kini berusia 30 tahun dan sebelum ini beraksi di Liga utama Iraq .