sukan

Status Georgina-Ronaldo cetus persoalan

Cristiano Ronaldo mencetus spekulasi berkenaan status hubungannya dengan Georgina Rodriguez apabila memanggilnya sebagai isteri.

Bintang Portugal dan Al-Nassr berusia 39 tahun itu berkata demikian ketika memberi ucapan selepas menerima anugerah di Anugerah Bolasepak Globe 2024 di Dubai.

Ronaldo dinobatkan sebagai pemain Timur Tengah Terbaik dan Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman di majlis berkenaan.

Dalam ucapannya Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada pasangannya, Rodriguez dan anaknya, Cristiano Jr, 14.”Ia satu penghargaan untuk memenangi trofi ini. Anak sulung saya ada di sini, isteri saya (Rodriguez) juga di sini,” kata Ronaldo.

Rodriguez dan Ronaldo hidup bersama sejak tahun 2016 dan mempunyai dua anak – Alana Martina, 8, dan Bella, 2.

Dia turut menjaga tiga lagi anak Ronaldo – pasangan kembar Eva dan Mateo, 7, serta Cristiano Jr.

sumber:- BH

Pasangan berkenaan tidak pernah mengumumkan perkahwinan mereka, dan panggilan ‘isteri’ dalam ucapannya menimbulkan spekulasi yang mereka sudah berkahwin. – AGENSI