sukan

Penonton tembak pemain bola sepak

Tular di media sosial seorang penyokong bola sepak di Argentina mengacukan pistol ke arah pemain remaja dan menembaknya.

Insiden berkenaan dirakam penyokong lain ketika pergaduhan tercetus dalam perlawanan bola sepak peringkat remaja di Rosario, Argentina pada 19 Disember lalu.

Dalam rakaman itu, dua pemain sedang bergaduh sebelum seorang penonton masuk ke padang dan mengacukan pistol ke arah salah seorang pemain.

Dia kemudian melepaskan tembakan dan pemain berkenaan dilihat menekup mukanya, manakala pemain dan penonton lain bertempiaran lari.

Tidak dapat dipastikan sama ada tembakan itu dilepaskan secara rambang atau penembak mempunyai sasaran tertentu.Polis sedang menyiasat insiden berkenaan.

Bulan lalu, ketua kumpulan samseng bola sepak di Argentina ditembak mati berhampiran stadium kelabnya di Rosario.

Andres Bracamonte menjadi ketua kumpulan penyokong Rosario Central selama 20 tahun mempunyai sejarah konflik pergaduhan dengan seterunya.

sumber:- BH

Dia dan timbalannya, Daniel ‘Rana’ Atardo ditembak oleh penunggang motosikal ketika dalam perjalanan ke Stadium Gigante de Arroyito. – AGENSI