sukan

‘Kau rasa sudah cukup hebat, ya?’

Satu klip video timbul mengenai pertelingkahan antara penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez dan apa yang dikatakan olehnya kepada Jack Grealish dalam terowong.

Grealish membarisi kesebelasan utama untuk kunjungan ke Villa Park, Sabtu lalu selepas meninggalkan pasukan kanak-kanaknya itu pada 2021 dengan Pep Guardiola terdesak untuk mendapatkan kemenangan.

Namun Manchester City dihadiahkan kekalahan kesembilan dalam 12 perlawanan menerusi jaringan Jhon Duran dan Morgan Rogers.Keadaan bertambah panas sebelum rehat babak pertama apabila Grealish dilihat merungut mengenai masa tambahan yang tidak memuaskan.

Pertelingkahan tercetus antara pemain England itu dengan Martinez yang pernah menjadi rakan sepasukannya di Villa.

Klip video memaparkan detik mengenai perbualan Martinez di mana dia berkata kepada Grealish ‘kau rasa sudah cukup hebat, ya?’Penjaga gol itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Peter Bankes susulan insiden itu.

Grealish turut diejek penyokong Villa yang sebelum ini sentiasa memberikan sokongannya kepadanya sehinggalah dia menyertai City dengan nilai perpindahan RM653 juta.

Pemain itu hilang sabar apabila membalas dengan menunjukkan isyarat tiga jari kepada penyokong Villa – merujuk kepada musim dia memenangi treble ataupun jumlah kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang dimenanginya.

Grealish menghabiskan lapan musim bersama Villa dan meledak 32 gol dalam 213 penampilan namun sejak menyertai City, dia hanya menjaringkan 14 gol dalam 143 perlawanan.

sumber:- BH

Prestasinya merosot pada musim ini apabila dia gagal menghasilkan sebarang gol dalam 18 penampilan. -AGENSI