Bekas pemain perseorangan negara, Yeoh Kay Bin sah dilantik selaku ketua jurulatih baharu bagi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia.
Pengumuman itu dibuat oleh Team LZJ menerusi satu kenyataan yang dibuat di laman media sosial, semalam.”Selamat datang ketua jurulatih baharu Team LZJ, Yeoh Kay Bin. Kay Bin, bekas pemain antarabangsa Malaysia, mempunyai pengalaman kejurulatihan yang luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Beliau menyertai pasukan untuk meneruskan perjuangan Lee Zii Jia ke fasa seterusnya dalam kariernya,” tulis kenyataan itu.Kay Bin, 44, menggantikan Wong Tat Meng yang kontraknya berakhir pada 31 Disember ini.
Tat Meng, 57, yang pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan, mula menyertai Team LZJ sejak Julai tahun lalu.Beliau memainkan peranan penting dalam membimbing Zii Jia kembali ke kedudukan 10 terbaik dunia selain meraih pingat gangsa Olimpik Paris 2024.
sumber:- BH
Kay Bin pula adalah bekas naib juara dunia remaja di Kejohanan Remaja Dunia 1998 di Melbourne dan memenangi pingat gangsa di Kejohanan Asia 2007 di Johor Bahru.