Sabah layak ke separuh akhir Unifi Piala Malaysia meskipun terikat tanpa jaringan dengan Kuching City dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Likas sebentar tadi.
Kemenangan 1-0 hasil jaringan tunggal Farhan Roslan di Kuching pada 15 Disember lalu sudah cukup membawa skuad Badak itu ke pusingan empat terbaik meskipun kebuntuan jaringan sepanjang 90 minit kedua.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sepanjang separuh masa pertama tetapi penyudah yang dicari-cari tidak kunjung tiba.Dalam babak kedua, hasrat Kuching City untuk mendapatkan sepakan penalti selepas Jordan Mintah dijatuhkan Damien Lim, tidak kesampaian apabila dinafikan video bantuan pengadil (VAR).
sumber:- stadium astro
Dengan keputusan itu Sabah akan bertemu Sri Pahang bagi penentuan ke final bulan depan.