Penampilan di Terbuka Malaysia, bulan depan bakal menjadi medan terbaik buat pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao untuk mengetepikan persepsi dia adalah pemain yang sering tampil dengan prestasi ala ‘yo-yo’.
Pemain yang menghuni ranking 29 dunia itu memperoleh permulaan yang baik pada awal tahun ini apabila mara ke peringkat 16 terbaik di Terbuka Indonesia pada Januari lalu dengan menewaskan beberapa pemain terbaik dunia.
Begitupun prestasinya mulai mengendur menerusi beberapa siri penyingkiran seawal pusingan pertama sebelum mencipta kebangkitan apabila mara ke final Kumamoto Masters di Jepun dan bergelar naib juara pada bulan lalu.
Justeru bagi jurulatih perseorangan lelaki negara, K Yogendran, apa yang ditampilkan Jun Hao cukup positif malah percaya anak buahnya itu mampu mencipta kejutan di Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung pada bulan depan.
“Dengan kemaraan Jun Hao ke final Kumamoto Masters, saya fikir kita sudah menemui jalan untuk meningkatkan lagi prestasinya terutama ketika Terbuka Malaysia 2025 hanya kira-kira berbaki 20 hari sahaja lagi.
“Kita semua tahu Leong dikenali sebagai pemain ‘yo-yo’, kadang-kadang baik dan kadang-kadang bawah par. Tetapi sekarang dia sudah buktikan dia antara pemain terbaik ketika di Jepun dan prestasinya juga baik.
sumber:- BH
“Di Terbuka Malaysia, memang ada tekanan bukan sahaja kepada pemain, malah jurulatih. Tetapi biar jurulatih ambil tanggungjawab berdepan tekanan itu asalkan pemain boleh keluarkan permainan terbaik mereka,” kata Yogendran.