sukan

Doakan macam tu keterlaluan — isteri Haziq

Kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli sehingga membantu Thailand mendapatkan tiga mata penting, ternyata mengundang amarah netizen apabila menjadikan platform media sosialnya tempat melepaskan kemarahan.

Hasil tinjauan Arena Metro, boleh dilihat penyokong setia Malaysia seakan-akan tidak boleh menerima apa yang dilakukan oleh Haziq.

Disebabkan itu, ramai yang singgah dan meninggalkan pelbagai komen lebih terjurus kepada kata-kata kemarahan dan ada juga yang meninggalkan perkataan yang tidak sepatutnya.

“Tahniah final Sukan Sea bola sepak 2017 buat silap, sekarang buat silap lagi,” tulis Rashidisthnain.
“Kalau seri kita ada peluang nak layak ke separuh akhir. Sakit bila pemain bermain bersungguh-sungguh tapi sebab kesilapan b** individu, satu negara kena tanggung,” kata Dhiaputera.

Disebabkan tindakan kurang matang dari sesetengah peminat, isteri Haziq, meluahkan rasa terkilan apabila ada yang sanggup mendoakan keburukan kepada suami dan berharap orang ramai lebih menjaga kelakuan mereka ketika memberikan komen.

“Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima. Tapi hinaan, mendoakan suami saya lumpuh dan melibatkan anak-anak kami adalah melampau.

“Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik pada anda dan keluarga. Dan kami sentiasa ada untuk Haziq,” katanya di Instagram miliknya.

Terdahulu, skuad Harimau Malaya memilih laluan berliku dalam saingan Piala Asean 2024 apabila tewas tipis 0-1 kepada Thailand, sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di Stadium Rajamangla, Bangkok itu menyaksikan skuad Gajah Putih tidak perlu berhempas pulas untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

sumber:- BH

Hal ini kerana, mereka hanya perlu berterima kasih kepada Haziq yang ‘membantu’ Patrik Gustavsson menyumbat gol pada minit ke-57 selepas gagal mengeluarkan bola dari kawasan berbahaya dengan selamat.