sukan

Komen Hector Bidoglio aksi luar biasa KL City

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh menarik nafas lega selepas berjaya melepasi ‘sekatan’ KL City FC pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia dan membawa bekalan satu gol untuk aksi kedua di Stadium Sultan Ibrahim, 21 Disember ini.

Pengendalinya, Hector Bidoglio mengakui anak buahnya berdepan cabaran besar khususnya dalam mencari ruang untuk menembusi pasukan lawan yang dilihat menggunakan pendekatan untuk lebih bertahan dan tidak memberikan banyak ruang kepada mereka menjana serangan.

“Bagi saya, ini satu keputusan yang baik. Pertembungan ini jelas berbeza dengan perlawanan sebelum ini, di atas padang yang berbeza di mana kami perlu lebih dinamik dan berintensiti kami. Kami perlu gerakkan bola dengan lebih cepat berbanding hari ini (semalam).

“Apapun, kami perlu terus fokus dengan cara permainan kita dan menjadi bertambah baik dalam setiap perlawanan ke setiap perlawanan,” katanya.

Terdahulu, JDT sekadar membawa bekalan tipis menuju ke suku akhir kedua selepas menewaskan KL City FC 2-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-37 untuk membuka jaringan selepas Bergson da Silva bijak melakukan pusingan melepasi kawalan pertahanan KL City FC sebelum melepaskan rembatan menewaskan Azri Ghani.

sumber:- BH

Sehinggalah pada minit ke-78, JDT akhirnya menemui gol kedua menerusi penyudah lencong Heberty Fernandes sebelum KL City FC mengurangkan defisit pada minit ke-88 hasil sepakan gunting Brendan Gan.