Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, melakar kemenangan pertama dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024 di Hangzhou, China, sebentar tadi.
Wakil negara tidak berdepan masalah menewaskan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam aksi straight set 21-14,21-14 dalam tempoh 34 minit secara keseluruhan.
Soon Huat-Shevon Lai memanfaatkan pengalamannya sebaik mungkin untuk melakar kemenangan dalam set pertama selepas mendahului lawan dari Jepun itu dengan jurang lapan mata untuk kedudukan 14-6.
Rentak itu dinoktahkan terus dengan kemenangan 21-14 dalam tempoh 16 minit.Cubaan Midorikawa-Saito untuk bangkit dalam set kedua untuk mengheret wakil negara ke set penentuan tidak berjaya selepas terpaksa akur ditewaskan pasangan negara 21-14.
sumber:- stadium astro
Goh Soon Huat-Shevon Lai kini telah mengumpul satu kemenangan dan satu kali tewas dalam saingan peringkat kumpulan dan akan meneruskan cabaran berdepan lawan dari Indonesia esok.