sukan

Komen Vicente selepas nyaris dimalukan pasukan belasahan

“Perlawanan masih belum berakhir lagi,” kata pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente kepada anak buahnya selepas mereka ketinggalan 2-1 di tangan Timor-Leste di akhir babak pertama.

Kata-kata semangat itu jelas membakar api perjuangan skuad kebangsaan yang menyaksikan mereka bangkit untuk merakam kemenangan 3-2 dan meraih tiga mata dalam aksi Piala AFF 2024.

“Saya katakan kepada pemain bahawa perlawanan belum berakhir dan kita masih ada peluang untuk bangkit. Semuanya bergantung kepada kita, kita tidak boleh salahkan pengadil, nasib buruk, masalah kecederaan ataupun pasukan lawan.

“Semuanya terletak di tangan kita dan kita perlukan lakukan itu untuk mendapatkan kemenangan.”Ini adalah aksi yang sukar tetapi apa yang penting, kita mendapat kemenangan dan mencapai misi kita di sini,” kata Vicente.

Terdahulu, skuad negara sekali lagi hampir dimalukan pasukan ‘bawahan’ apabila terpaksa bangkit dari ketinggalan sebelum menewaskan Timor Leste 3-2 dalam aksi kedua Kumpulan A Piala AFF 2024, sebentar tadi.

Meskipun mendahului menerusi Syafiq Ahmad pada minit ke-38, skuad negara dikejutkan dengan dua gol di penghujung babak pertama hasil jaringan Olagar Xabier dan larian solo Joao Pedro.

sumber:- BH

Pemain naturalisasi, Paulo Josue muncul sebagai wira apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-70 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-83.