KUALA LUMPUR City FC (KL City FC) bakal menjadi mangsa ‘lepas geram’ Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super, malam ini setelah gagal mengutip tiga mata pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sebelum ini.
Jurulatih Harimau Selatan, Hector Bidoglio pastinya akan membariskan skuad terbaiknya dalam mencari rentak kemenangan untuk meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga M).
Misi mengutip tiga masa itu menjadi sasaran juara Liga Super itu bagi mengukuhkan kedudukan di persada liga selepas dibezakan 11 mata dengan pencabar terdekat seterusnya memburu kejuaraan yang ke-11.
Bagaimanapun, pemain tengah JDT, Juan Muniz mengingatkan rakan sepasukan agar tidak mudah berpuas hati dengan rekod tanpa kalah setakat ini sebaliknya sentiasa komited dan memberi tumpuan penuh bagi aksi di padang.
“KL City bukanlah lawan yang mudah, selain dibarisi pemain yang berkualiti, mereka juga bermain corak permainan pantas. Jadi, pemain perlu waspada agar tidak terjerat dengan gaya permainan mereka.
“Selain itu, JDT tidak mahu kecewa lagi apabila gagal mengutip tiga mata ketika bermain di laman sendiri, kita mahu mencari rentak kemenangan bagi memulanan pusingan kedua liga ini,” ujarnya.
sumber:- KOSMO
Untuk rekod, JDT akan berdepan skuad kendalian Miroslav Kuljanac sebanyak tiga kali dalam bulan ini termasuk dua perlawanan suku akhir Piala Malaysia timbal balik pada 13 dan 21 Disember ini