Kelab Thai League 2, Chonburi, memilih untuk menamatkan tempoh pinjaman Fergus Tierney lebih awal.
SNE Sports Co melaporkan pemain skuad B-23 negara itu, yang dipinjam daripada Johor Darul Ta’zim (JDT), tiada lagi dalam perancangan kelab itu bagi separuh kedua musim 2024/25.
Sejak tiba di kelab itu pada Julai lalu, Fergus telah menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan daripada 13 penampilannya dan mendapat 613 minit permainan bersama kelab itu.
sumber:- stadium astro
Dengan tempoh pinjamannya dipendekkan, Tierney berkemungkinan besar akan kembali ke pangkuan JDT.