sukan

Pemain pertama yang bakal dibawa masuk Amorim ke Manchester United

Pengendali Manchester United, Ruben Amorim dilaporkan berminat membawa masuk salah seorang bintang Bayern Munich ke Old Trafford.

Selepas membimbing skuad Liga Perdana Inggeris itu mengharungi tiga perlawanan, pengendali dari Portugal itu merakam dua kemenangan dan satu seri.

Namun pengganti Erik ten Hag itu melihat United perlu menandatangani beberapa pemain baharu bagi memperkuatkan skuad yang kini berada di tangga kesembilan liga.

Menjelang jendela perpindahan Januari, bekas pengendali Sporting Lisbon itu dikatakan mahu melakukan pembelian penting – termasuk bintang kelab lamanya, Viktor Gyokeres.

Seorang lagi pemain yang dikatakan berada dalam radar Amorim ialah bintang Bundesliga, Konrad Laimer yang kini beraksi untuk Bayern.

Pemain 27 tahun itu baru berada semusim setengah di Bavaria selepas berpindah dari RB Leipzig pada musim panas 2023, tetapi pantas membuktikan kehebatannya di barisan tengah dengan mengumpul 59 penampilan bersama Bayern.

United pernah menunjukkan minat terhadap Laimer sebelum perpindahannya ke Munich – pada tahun 2022 di bawah bimbingan Ralf Rangnick.

sumber:- BH

Namun menurut laporan akhbar Jerman, Laimer belum berhasrat meninggalkan Allianz yang masih mengikatnya untuk tempoh tiga tahun lagi. – AGENSI

Recent Posts

  • sukan

Sejarah Piala Thomas: Perjalanan pertandingan Badminton

Pendahuluan tentang Piala ThomasPiala Thomas merupakan kejohanan badminton antarabangsa yang telah menjadi salah satu acara paling berprestij bagi pemain badminton… Read More

8 hours ago
  • sukan

Sejarah Badminton: Dari Permulaan Hingga Kejayaan Global

Pengenalan kepada BadmintonBadminton ialah sukan yang dimainkan oleh dua atau empat pemain yang menggunakan racket untuk menghantar shuttlecock ke kawasan… Read More

8 hours ago
  • sukan

‘Ketua Kampung Likas’ luah rasa kecewa dengan ayat ‘nanti kita jumpa’

Pemain pertahanan Sabah FC, Park Tae-su yang dikenali dalam kalangan penyokong sebagai 'Ketua Kampung Likas' meluahkan rasa kecewa selepas kontraknya… Read More

12 hours ago
  • sukan

Figueiredo cetus situasi lucu

Penyerang warisan baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo, mencuri tumpuan bukan sekadar kerana jaringan sulungnya dalam kemenangan 4-0 ke atas Vietnam,… Read More

13 hours ago
  • sukan

‘Kami beri seminggu, kalau tidak segalanya didedahkan’

"Kita bagi tempoh seminggu saja bermula hari ini. Kalau tidak, kita akan buat sidang media dan dedahkan segala-galanya yang orang… Read More

13 hours ago
  • sukan

Indra mahu anak tempatan pecahkan rekodnya

Pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super, Indra Putra Mahayuddin meluahkan hasrat untuk melihat anak tempatan memecahkan rekodnya itu… Read More

14 hours ago