sukan

Juara dunia tiga kali meninggal dunia

Bekas juara dunia super bantamweight tiga kali, Israel Vazquez, meninggal dunia pada usia 46 tahun akibat kanser, seperti yang diumumkan Presiden Majlis Tinju Dunia (WBC), Mauricio Sulaiman.

“Israel kini beristirahat dengan damai. Semoga Tuhan memberikan kekuatan kepada isterinya, Laura, anak-anak mereka, serta keluarga dan rakan-rakan dalam waktu yang sukar ini,” tulis Sulaiman di media sosial.

Vazquez, yang digelar ‘El Magnifico’, terkenal dengan gabungan kelajuan tangan dan kuasa tumbukan yang hebat.

Beliau memulakan kerjaya profesional pada 1995 dan dikenang melalui persaingannya dengan rakan senegara, Rafael Marquez, dalam empat pertarungan epik menyaksikan mereka berkongsi dua kemenangan.

Pertarungan mereka pada 2007 dan 2008 diiktiraf sebagai Fight of the Year, namun karier Vazquez terhenti apabila beliau disahkan mengalami masalah retina selepas kemenangannya pada 2008.

Beliau kembali pada 2010, tetapi kekalahan knockout (KO) kepada Marquez dalam pertarungan keempat menjadi perlawanan terakhirnya.

Vazquez, yang baru-baru ini mendedahkan beliau melawan sarkoma, menamatkan kariernya dengan rekod 44 kemenangan (32 KO) dan 5 kekalahan.

“Sentiasa menjadi seorang juara dunia selamanya dan legenda dalam arena tinju,” kata jurulatih ternama, Freddie Roach, menerusi hantaran Instagram.

sumber:- HM

“Beliau adalah salah seorang petinju terbaik yang pernah saya latih.”