sukan

Kem Badminton Negara gempar ‘dikunjungi’ SPRM

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengunjungi pejabat badan induk itu minggu lalu bagi mendapatkan maklumat tertentu.

BAM dalam satu kenyataan hari ini berkata, badan induk itu memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai berkenaan.

“BAM memberikan kerjasama penuh sepanjang kehadiran pegawai SPRM itu dan mereka menjalankan tugas dengan penuh profesionalisme,” kata kenyataan itu.

sumber:- BH

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut diberikan berhubung maklumat yang diminta oleh SPRM.BH Sukan sedang berusaha mendapatkan reaksi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dan pegawai tertinggi BAM berhubung perkara berkenaan.